Friday 18 August 2017

Monday 3 July 2017

Najib: Ekonomi Malaysia 2017 Alami Pertumbuhan Kukuh

Najib: Ekonomi Malaysia 2017 Alami Pertumbuhan Kukuh

najib-geely-proton

KUALA LUMPUR, Julai 3 (Bernama) -- Malaysia tetap berupaya mencapai banyak kejayaan yang boleh dibanggakan meskipun berdepan cabaran, daripada ketidaktentuan pasaran antarabangsa, kejatuhan harga minyak, sehinggalah kepada tindakan mensabotaj ekonomi dan memburuk-burukkan negara oleh pihak pembangkang.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata secara keseluruhannya, prestasi ekonomi negara bagi suku pertama 2017 kekal stabil dan kukuh, ekonomi Malaysia berkembang 5.6 peratus, dengan pelaburan langsung asing (FDI) meningkat kepada RM17 bilion.

Malaysia mendapat banyak pengiktirafan antarabangsa, membuktikan dasar yang kerajaan laksanakan untuk terus mengukuhkan ekonomi negara adalah langkah yang tepat dan membuahkan hasil, katanya dalam catatan terbaharu di laman blog beliau, www.najibrazak.com disini, hari ini.

Selain daripada pencapaian ekonomi, Najib, yang juga merupakan Menteri Kewangan turut berkongsi pencapaian negara dalam bidang pelaburan asing, pembangunan, kualiti hidup, pendidikan dan banyak lagi.

Antara pencapaian tersebut ialah agensi antarabangsa PricewaterHouseCoopers telah meletakkan Malaysia di kedudukan ke-25 kuasa besar ekonomi dunia dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak US$1.5 trilion (US$1 = RM4.26) menjelang 2030.

"Bank Dunia turut mengiktiraf ekonomi Malaysia dengan memberi semakan semula unjuran pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi bagi tahun 2017 iaitu 4.9 peratus. Malah, unjuran pertumbuhan ekonomi bagi 2018 dan 2019 turut diberi semakan semula lebih tinggi iaitu 4.9 peratus dan 5.0 peratus, peningkatan sebanyak 0.4 peratus dan 0.5 peratus masing-masing," katanya.

Baru-baru ini juga, katanya, laporan Bloomberg turut meletakkan Ringgit Malaysia sebagai mata wang utama Asia paling stabil pada suku ini.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan itu diniagakan pada 4.2965/2995 daripada 4.2920/2950 berbanding dolar US pada Jumaat lepas.

Mengenai FDI, Najib berkata, tahun ini juga menyaksikan banyak pelaburan langsung asing masuk ke dalam negara yang membuktikan keyakinan pelabur terhadap keteguhan ekonomi Malaysia.

"Jika pada tahun 2016, kita telah berjaya membawa masuk banyak pelaburan asing dari China hasil lawatan saya ke sana dengan pertukaran Memorandum Persefahaman perniagaan bernilai RM144 bilion, tahun 2017 menyaksikan lebih banyak pelaburan asing kita terima, bukan sahaja dari China, tetapi juga Arab Saudi, India serta banyak lagi," katanya.

Mengenai hasil lawatan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud ke Malaysia buat pertama kalinya, Perdana Menteri berkata negara menerima pelaburan berjumlah RM31.08 bilion melalui syarikat Saudi Arabian Oil Company (Saudi ARAMCO) dalam Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) Pengerang di Johor.

"Malah, selain daripada FDI, Baginda Raja Salman turut berkenan meningkatkan jumlah biasiswa pelajar Malaysia di Arab Saudi sebanyak 3 kali ganda, dan juga menambah kuota haji Malaysia daripada 27,900 kepada 30,200, Alhamdulillah," katanya.

Najib juga mengimbas lawatan beliau ke India yang menyaksikan 31 pertukaran Memorandum Persefahaman perniagaan bernilai RM158.4 bilion, dan juga pelaburan melalui Surat Hasrat berjumlah RM1.6 bilion serta kerjasama syarikat Malaysia dan India membabitkan pembangunan berjumlah RM141.4 bilion.

"Tetapi malangnya, walaupun ekonomi Malaysia menerima pengiktirafan badan penarafan antarabangsa, keyakinan pelabur luar, ada "pakar ekonomi" pembangkang yang masih beria-ia memburukkan ekonomi negara hanya untuk kepentingan politik peribadi," katanya.

Namun, katanya, walaupun serangan daripada pihak pembangkang itu, kerajaan akan terus mengusahakan yang terbaik buat semua rakyat Malaysia, dan dalam hal ini bermakna negara akan terus mengalu-alukan pelaburan asing selagi ia memberi tambah nilai kepada ekonomi dan menyediakan peluang pekerjaan buat rakyat.

Sementara itu, Najib juga menyentuh tentang diskusi dan perbincangan mengenai hala tuju masa depan negara untuk generasi akan datang melalui Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Setakat 6 bulan pertama tahun ini sahaja, katanya, banyak forum, siri jelajah, perbincangan, perkongsian idea dan pendapat melalui media sosial telah adakan di seluruh negara.

"Insya-Allah, ini baru permulaan, akan ada lebih banyak perbincangan bagi kita mencorak masa depan yang diingini oleh mereka yang akan mewarisi negara ini daripada kita," katanya.

Kerajaan, kata Najib, juga amat mengambil berat tentang aspek pembangunan.

"Antara projek-projek utama InfraRakyat yang telah, sedang dan akan terus kita laksanakan adalah Lebuhraya Pan Borneo, Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura, Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur, dan sudah tentu, Mass Rapid Transit," katanya.

Dalam bidang pendidikan pula, Perdana Menteri berkata, kerajaan kini berbangga Malaysia adalah lokasi di mana terletaknya 5 universiti dalam kalangan 300 terbaik dunia, iaitu Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia.

"Saya turut melancarkan Jelajah Pendidikan Bumiputera, di mana kita bertindak keluar mencari para pelajar Bumputera yang ingin belajar tetapi kurang berkemampuan bagi memastikan mereka memperoleh peluang sama rata untuk mengubah kehidupan mereka dan keluarga," katanya.

Menurut Najib, banyak lagi yang telah dikecapi negara, antaranya pewujudan Zon Perdagangan Bebas Digital dan juga penubuhan Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak yang akan menjaga dan memberi perlindungan kepada mereka sebagai permata dan pewaris masa depan negara.

"Alhamdulillah, kesemua pencapaian ini hanya mampu kita kecapi hasil usaha gigih dan tanpa lelah ramai dalam kalangan kita, daripada pucuk pimpinan sehinggalah ke akar umbi dan rakyat kesemuanya.

"Kita akan terus berusaha dengan lebih tekun lagi untuk meneruskan momentum kejayaan dan pencapaian ini, bukan sahaja untuk baki enam bulan tahun 2017 tetapi juga bagi tahun-tahun mendatang, Insya-Allah," katanya.

-- BERNAMA

Tati Skincare Disahkan Mengandungi Racun Berjadual Oleh KKM 2017

Tati Skincare Disahkan Mengandungi Racun Berjadual Oleh KKM 2017

tati-skincare-kkm-racun-berjadual

Berikut adalah merupakan kenyataan akhbar oleh pihak NPRA dan KKM dalam senarai terbaru produk yang diharamkan kerana mengandungi racun berjadual.

KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

PRODUK-PRODUK KOSMETIK YANG DIKESAN MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL

1. Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan
produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di
bawah:

1. Tati Skincare Night Cream

NOT150200975K

Biotech Resources Sdn. Bhd.

Mengandungi racun : Merkuri

2. Tati SkincareTreatment Cream

NOT150200974K

Mengandungi racun : Hydroquinone dan Tretinoin

Biotech Resources Sdn. Bhd.

3. Moleek Anti Pigment Cream

NOT150700326K

Mengandungi racun : Hydroquinone dan Tretinoin

DZ Reenz Enterprise

2. Notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan
Perkhidmatan Farmasi, KKM berikutan pengesanan bahan racun berjadual di dalam produk
berkenaan.

PERIHAL BAHAN RACUN BERJADUAL DAN KESANNYA PADA KESIHATAN

3. Produk yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin adalah merupakan produk
farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh
digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

4. Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone boleh menyebabkan
kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak
diingini, malah kulit menjadi hipersensitif. Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh
menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit
daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

5. Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan tretinoin biasanya dipromosikan untuk
tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan. Penggunaan
tretinoin tanpa pengawasan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi
kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

6. Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan merkuri boleh memudaratkan
kesihatan kerana merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk
ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga
boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum
dilahirkan.

7. Selain itu, kesan mudarat akibat pendedahan kepada merkuri boleh juga dialami oleh
orang sekeliling terutamanya kanak-kanak apabila produk kosmetik yang mengandungi
merkuri yang disapu pada kulit meruap dan dihidu. Bayi dan kanak-kanak kecil boleh
terdedah kepada merkuri apabila mereka menyentuh produk kosmetik yang mengandungi
merkuri atau orang yang menggunakan produk kosmetik tersebut dan kemudiannya
memasukkan jari-jari mereka ke dalam mulut. Penggunaan produk yang mengandungi
merkuri boleh juga menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.

PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK KOSMETIK INI

8. Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini diberi amaran untuk menghentikan
penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta. Penjual
adalah diingatkan bahawa penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah
melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

9. Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh
dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun
atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau
penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya.
Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk
kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM

10. Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan
untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat dari ahli profesional
kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.

11. Sebarang pertanyaan berkaitan produk kosmetik boleh diemel kepada
kosmetik@npra.gov.my atau menghubungi talian 03-78835400. Pengguna dan orang ramai
adalah dinasihatkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan
melayari laman sesawang rasmi NPRA http://npra.moh.gov.my/ atau http://npra.moh.gov.my/images/Press-release/2017/1_pressreleaseApr17TatiSkincareTreatmentCreamMoleekAntiPigmentCream.pdf

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
Ketua Pengarah Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia

Saturday 1 July 2017

Friday 23 June 2017

PM salahkan Ketua Tukang Uji Proton Lama tidak pandai berniaga

PM salahkan Ketua Tukang Uji Proton Lama tidak pandai berniaga

najib-geely-proton

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menyalahkan pemimpin terdahulu di atas masalah yang melanda Proton Holding Berhad.

Tanpa menamakan mana-mana pihak, Najib berkata negara terpaksa menanggung kerugian Proton kerana melayan mimpi tidak realistik seorang 'ketua tukang uji' (chief tester).

Kerugian terpaksa ditanggung kerana 'ketua tukang uji' berkenaan kurang pemahaman dalam bidang perniagaan automatif, kata perdana menteri.

"Realiti yang telah (terjadi) membayangi hampir semua orang ialah model perniagaannya tidak lestari dan bukan untuk jangka masa panjang.

"Telah terlalu lama mimpi yang tidak realistik dan kurang pemahaman komersial bekas 'ketua tukang uji' telah ditanggung.

"Beliau lebih suka Proton ini menjadi 100 peratus milik Malaysia dan (Proton) kerugian ratusan juta setahun," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis menandatangani memorandum persefahaman antara DRB-HICOM dan Zhejiang Geely Holding Group (ZGH) di ibu negara.

Najib dipercayai merujuk kepada bekas perdana menteri yang juga pengasas Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mahathir merupakan antara individu yang lantang mengkritik penjualan saham Proton kepada syarikat pembuat kereta dari China itu.

Mahathir turut mendakwa, beliau menjadi ketua uji pandu semua model Proton sebelum ini.

Sehubungan itu, Najib berkata, beliau tidak dapat meneruskan model perniagaan yang tidak berjaya terhadap Proton kerana merasa tidak bertanggungjawab terhadap duit rakyat.

"Itu adalah duit rakyat dan ia tidak bertanggungjawab untuk kami bagi meneruskan dengan model perniagaan yang tidak akan berjaya," katanya lagi.
Perjanjian MoU itu ditandatangani oleh Pengarah Urusan DRB-HICOM, Datuk Seri Syed Faisal Albar dan Pengerusi Geely, Liu Shufu sambil disaksikan Najib serta Pengerusi DRB-HICOM, Tan Sri Dr Mohd Khamil Jamil.

Usahasama itu akan menyaksikan Proton bakal menjadi pengeluar kereta utama di Asia Tenggara.

Syarikat DRB-Hicom menjual 49.9 peratus ekuiti dalam Proton Holdings kepada kumpulan ZGH.

- malaysiakini

Thursday 22 June 2017

Edmond de Rothschild pula didenda akibat penipuan 1MDB

Edmond de Rothschild pula didenda akibat penipuan 1MDB

Edmond de Rothschild

Bank swasta Edmond de Rothschild menjadi institusi kewangan terbaru yang dihukum atas kelalaian peraturan dalam hubungan dengan pengubahan wang haram membabitkan urusaniaga 1MDB.

Menurut akhbar tempatan Luxembourg Wort, Edmond de Rothschild didenda sebanyak EUR8.985 juta (RM43 juta).

"Suruhanjaya Penyeliaan Sektor Kewangan Luxembourg (CSSF) menyampaikan kesimpulan prosedur pentadbiran kepada Edmond de Rothschild (Eropah) pada 21 Jun," kata bank swasta itu dalam satu kenyataan.

Kenyataan bank itu tidak menyebut skandal 1MDB tetapi perkara itu memperincikan mengenainya dalam laporan tahunannya yang diterbitkan bulan ini.

Akhbar harian itu berkata, Edmond de Rothschild dalam laporan tahunannya berkata, ia terpaksa mengenepikan EUR21 juta dalam perbelanjaan litigasi berbanding EUR10.6 juta pada tahun sebelumnya berkaitan dengan 'kemungkinan penipuan dalam dana 1MDB'.

Bank itu terbabit dengan bekas pengarah urusan International Petroleum Investment Company (IPIC) Khadem Abdulla Al Qubaisi, tokoh penting yang dinamakan oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat sebagai terlibat dalam pengubahan dana 1MDB.

- malaysiakini

Zarina Anjoulie bergaduh viral di instagram

Zarina Anjoulie bergaduh viral di instagram

zarina-bugil

Menjelang aidilfitri kita dihidangkan dengan persengketaan antara Zarina Anjoulie dan juga suaminya yang viral di internet.

Bekas suaminya itu dalam masa yang sama menceritakan perangai sebenar Zarina melalui Instagram Stories yang dikatakan turut memburukkan nama keluarganya. Bagaimanapun perkara berkenaan dihadapi dengan tenang oleh pelakon wanita tersebut.

Sementara itu, Zarina dalam muatnaik gambar terbaru di laman Instagram menyatakan bahawa apa yang dilakukannya kini adalah bersumberkan wang yang halal, berbeza dengan apa yang dilakukan oleh bekas suaminya itu. Malah dia turut menyarankan agar bekas suaminya itu menjadi stokis di Brunei untuk produk yang diusahakannya kini.

zarina-instagram

zarina-duit-halal