Thursday 22 June 2017

Edmond de Rothschild pula didenda akibat penipuan 1MDB



Edmond de Rothschild

Bank swasta Edmond de Rothschild menjadi institusi kewangan terbaru yang dihukum atas kelalaian peraturan dalam hubungan dengan pengubahan wang haram membabitkan urusaniaga 1MDB.

Menurut akhbar tempatan Luxembourg Wort, Edmond de Rothschild didenda sebanyak EUR8.985 juta (RM43 juta).

"Suruhanjaya Penyeliaan Sektor Kewangan Luxembourg (CSSF) menyampaikan kesimpulan prosedur pentadbiran kepada Edmond de Rothschild (Eropah) pada 21 Jun," kata bank swasta itu dalam satu kenyataan.

Kenyataan bank itu tidak menyebut skandal 1MDB tetapi perkara itu memperincikan mengenainya dalam laporan tahunannya yang diterbitkan bulan ini.

Akhbar harian itu berkata, Edmond de Rothschild dalam laporan tahunannya berkata, ia terpaksa mengenepikan EUR21 juta dalam perbelanjaan litigasi berbanding EUR10.6 juta pada tahun sebelumnya berkaitan dengan 'kemungkinan penipuan dalam dana 1MDB'.

Bank itu terbabit dengan bekas pengarah urusan International Petroleum Investment Company (IPIC) Khadem Abdulla Al Qubaisi, tokoh penting yang dinamakan oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat sebagai terlibat dalam pengubahan dana 1MDB.

- malaysiakini




SHARE THIS

0 comments: